Khamis, 10 Ogos 2017

Nak Beli Rumah Lelong; Ini langkah pertama

Apabila kita menyebut hartanah lelong atau rumah lelong, ramai yang sudah tahu. Namun, secara teknikalnya masih ramai lagi yang belum memahami cara untuk membeli rumah lelong. Sesetengah mereka tidak mahu berhadapan dengan risiko.

1. Kebiasaan risiko yang kita selalu dengar ialah tuan rumah masih menginap di rumah berkenaan. Situasi ini memang biasa kerana tuan rumah tidak mampu membayar duit rumah kepada pihak institusi kewangan.

2. Pihak institusi kewangan mempunyai sasaran mereka sendiri. Dengan kata lain, hutang perlu dibayar dan mereka perlu mendapat keuntungan hasil daripada peminjam.

3. Risiko seterunya ialah rumah lelong rosak teruk. Kebiasaaannya rumah lelong yang rosak teruk, jadi pembeli tidak mahu menaggung risiko untuk memiliki hartanah berkenaan. Inilah realitinya yang berlaku kepada rumah-rumah yang hendak dilelong.

4. Walau bagaimanapun, risiko-risiko itu ada jalan penyelesaiannya iaitu dengan turun melihat rumah berkenaan. Ini merupakan langkah pertama untuk membeli / membida rumah lelong. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan