Selasa, 2 Januari 2018

Risiko yang perlu tahu sebelum membeli rumah lelong

Sebelum membeli rumah lelong, kita perlu tahu risikonya. Antara risiko-risiko rumah lelong ialah :

1. Tunggakan bil utiliti - Sebelum membuat keputusan untuk membida rumah lelong. Tuan puan perlu tahu risiko untuk membeli rumah lelong. Tunggakkan bil misalnya ialah risiko yang perlu dilunaskan oleh pemilik baru. Pemilik lama sudah cabut, siapa yang perlu bayar? Bab ini perlu disemak oleh bakal pembida.

2. Tuan rumah masih menghuni - Memang penat, kalau tuan rumah masih ada di rumah berkenaan. Banyak benda nak perlu diuruskan bagi mengeluarkan tuan rumah yang bertahun-tahun menginap di rumah tersebut.

3. sambung...

Jumaat, 3 November 2017

Panduan bida rumah lelong

1. Sebelum tuan puan nak beli rumah lelong, tuan puan dinasihatkan supaya "menziarahi" rumah tersebut. Kemudian, jika berminat dapatkan dokumen ‘Pengistiharan Jualan’. Dokumen tersebut boleh didapati melalui agen ( perlu bayar). sekiranya melalui peguam, percuma.
2. Seterusnya, tuan perlu buat carian hak milik bagi memeriksa hartanah tersebut. Carian hak milik buat di pejabat tanah. Untuk membuat carian hak milik, ia perlu sedikit bayaran untuk carian persendirian. Manakala carian rasmi mahal sedikit sahaja. Tak lebih RM100 pun.
3. Selepas dah buat carian hak milik. Pergi bank, bincang mengenai pinjaman. Tunjuk slip gaji, dokumen lelong kepada pegawai bank.
4. Setelah puas hati, buat bank draf bagi tujuan membida rumah tersebut.
5. Pada hari lelongan, bawa bank draf, salinan Ic. Masukkan dalam sampul surat. Serah kepada pihak mahkamah.
6. Kali pertama masuk auction bak kata orang putih, kalah. Rugi tak? Tuan puan tak rugi pun sebab bank draf dapat balik. Hehe 7. Jika menang, teruskan untuk buat pinjaman bank / dan urusan guaman. Proses akan diceritakan kemudian....

Rabu, 6 September 2017

Panduan Bida Rumah Lelong ( 3 peringkat)

Nak beli rumah lelong di mahkmah ada caranya. Berikut ialah caranya:

Sebelum

1. Nampak iklan
2. Dapatkan dokumen pengistiharan jualan
3. Carian Hak Milik - di pejabat tanah
4. Buat Bank Draf - di Bank


Semasa

1. Daftar
2. Tunggu sehingga dipanggil
3. Bida

Selepas

1. Jika menang, bayar baki. Jika kalah, baliklah.
2. Buat pinjaman bank
3. Tandatangan perjanjian bank
4. Dapatkan kunci 

Khamis, 10 Ogos 2017

Nak Beli Rumah Lelong; Ini langkah pertama

Apabila kita menyebut hartanah lelong atau rumah lelong, ramai yang sudah tahu. Namun, secara teknikalnya masih ramai lagi yang belum memahami cara untuk membeli rumah lelong. Sesetengah mereka tidak mahu berhadapan dengan risiko.

1. Kebiasaan risiko yang kita selalu dengar ialah tuan rumah masih menginap di rumah berkenaan. Situasi ini memang biasa kerana tuan rumah tidak mampu membayar duit rumah kepada pihak institusi kewangan.

2. Pihak institusi kewangan mempunyai sasaran mereka sendiri. Dengan kata lain, hutang perlu dibayar dan mereka perlu mendapat keuntungan hasil daripada peminjam.

3. Risiko seterunya ialah rumah lelong rosak teruk. Kebiasaaannya rumah lelong yang rosak teruk, jadi pembeli tidak mahu menaggung risiko untuk memiliki hartanah berkenaan. Inilah realitinya yang berlaku kepada rumah-rumah yang hendak dilelong.

4. Walau bagaimanapun, risiko-risiko itu ada jalan penyelesaiannya iaitu dengan turun melihat rumah berkenaan. Ini merupakan langkah pertama untuk membeli / membida rumah lelong.