Jumaat, 3 November 2017

Panduan bida rumah lelong

1. Sebelum tuan puan nak beli rumah lelong, tuan puan dinasihatkan supaya "menziarahi" rumah tersebut. Kemudian, jika berminat dapatkan dokumen ‘Pengistiharan Jualan’. Dokumen tersebut boleh didapati melalui agen ( perlu bayar). sekiranya melalui peguam, percuma.
2. Seterusnya, tuan perlu buat carian hak milik bagi memeriksa hartanah tersebut. Carian hak milik buat di pejabat tanah. Untuk membuat carian hak milik, ia perlu sedikit bayaran untuk carian persendirian. Manakala carian rasmi mahal sedikit sahaja. Tak lebih RM100 pun.
3. Selepas dah buat carian hak milik. Pergi bank, bincang mengenai pinjaman. Tunjuk slip gaji, dokumen lelong kepada pegawai bank.
4. Setelah puas hati, buat bank draf bagi tujuan membida rumah tersebut.
5. Pada hari lelongan, bawa bank draf, salinan Ic. Masukkan dalam sampul surat. Serah kepada pihak mahkamah.
6. Kali pertama masuk auction bak kata orang putih, kalah. Rugi tak? Tuan puan tak rugi pun sebab bank draf dapat balik. Hehe 7. Jika menang, teruskan untuk buat pinjaman bank / dan urusan guaman. Proses akan diceritakan kemudian....